Lampin Kain Moden (CLOTH DIAPERS)
Cara Pemakaian CD (cloth Diapers..)
Apa itu Lampin kain Moden (CD)?
- Lampin kain rekabentuk moden.
- Bahagian luar CD di lapisi dengan sejenis kain khas iaitu polyurethane Laminate (PUL) yang kalis air supaya ia tidak mudah bocor .
- Bahagian dalam CD diperbuat dari kain microfleece/micro suede/bamboo yang lembut dan cepat kering dimana bayi akan terasa selesa sama seperti lampin pakai buang.
- Lapisan dalam CD ini di jahit dengan poket khas untuk memasukkan pelapik khas (insert) yang di perbuat dari microfiber yang tinggi daya serapan air kencing bayi 3 hingga 4 jam penggunaan.
- Ianya mudah di bersihkan. Boleh di cuci dengan tangan atau mesin basuh untuk membantu kerja-kerja pencucian yang lebih praktikal.
- Sesuai digunakan dari umur bayi 3 bulan sehingga 3 tahun kerana saiznya "One Size" iaitu "button"nya boleh laras kepada S,M dan L .
Kenapa patut guna CD?
- Menjimatkan - Beli sekali, guna berkali-kali untuk jangka hayat yang lama
- Mesra Alam - Mengurangkan sisa buangan terbanyak di dunia
- Selamat dan sihat - Tiada bahan kimia bertoksik, tiada ruam lampin , sesuai untuk kulit sensitif
- Gaya Baru - Pelbagai warna dan corak menarik, sesuai digayakan dengan pakaian bayi anda
Cara basuh CD
- CD yang baru dibeli perlu dibasuh 3 kali tanpa sabun sebelum menggunakannya
- ianya adalah untuk mendapatkan kadar serapan yang maksimum.(basuh..jemur..kering 3 kali).
- CD yang terkena poo pancutkan air ke CD itu untuk membuang 'poo'nya ke dalam toilet bowl dan untuk CD yang terkena pee cuma bilas dengan air saja.
- Gunakan sedikit sahaja sabun serbuk yang tak mengandungi bahan peluntur dan pelembut. (cadangan sabun serbuk purenn HAD).
- Jika basuh guna mesin boleh kumpul CD 2 hari sekali .
Tips penjagaan CD
- Tukar CD setiap kali baby poo dan setiap 3-4 jam jika pee (Bergantung juga kepada kekerapan anak anda pee).Sehari ada 24 jam, 1 CD untuk 4 jam = 6 CDs *untuk penggunaan malam guna 2 inserts, boleh digunakan sampai pagi.Jadi tidak perlu bangun malam semata-mata hendak menukar CD.
- Jika anda menghantar anak ke nursery/rumah pengasuh, minta pengasuh masukkan CD ke dalam plastik atau beg khas (tidak perlu basuh).Bekalkan 4 CDs sudah mencukupi untuk kegunaan anak anda semasa di nursery atau rumah pengasuh.
- Sekiranya bayi anda poo warna kuning najis , dicadangkan sapu cecair pencuci pinggan " jenama sunlight" pada kotoran dan ianya mudah ditanggalkan atau jemur sahaja di bawah sinar matahari.
- Elakkan penggunaan softener kerana ianya akan meninggalkan ‘lapisan’ wangianpada CD anda yang boleh menyebabkan ianya kurang menyerap
Poo : Buang Air Besar Pee : Buang air kecil